Samsung Galaxy Note 5 & S6 Edge +

SAMSUNG Malaysia Electronics melancarkan dua model telefon pintar terbaharunya, Samsung Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 edge+, baru-baru ini, yang mempunyai spesifikasi hampir sama. Dari segi penggunaan OS, kedua-dua telefon itu menggunakan Android 5.1 (Lollipop), selain menggunakan rangkaian LTE Cat 9 atau LTE Cat 6 yang mungkin berbeza dengan pasaran dan penyedia perkhidmatan mudah alih.

image
Galaxy Note 5

Kedua-dua telefon itu juga menggunakan pemproses Octa core iaitu 2.1 GHz Quad + 1.5 GHz Quad, 64 bit dan 14 nm proses, termasuk memori 4GB RAM (LPDDR4) dan 32GB (UFS 2.0). Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 edge+ masing-masing mempunyai paparan 5.7 inci Quad HD Super AMOLED, 2,560 x 1,440 (518 ppi) dengan Galaxy S6 edge+ mempunyai skrin dua sisi. Ia juga mempunyai kamera belakang 16 MP OIS (F1.9) dan kamera depan 5MP (F1.9), selain video dalam bentuk MP4, M4V, 3GP, 3G2, WMV, ASF, AVI, FLV, MKV dan WEBM.

galaxy-s6-edge-full-front-angle.transformed_0
Galaxy S6 Edge+

Selain itu, telefon berkenaan mempunyai bateri 3,000 mAH, pengecas cepat menggunakan wayar dan wayarles. Pengecasan tanpa wayar serasi dengan WPC, PMA dan Qi, termasuk mempunyai sambungan WiFi 802.11, MIMO (2 x 2), Bluetooth v 4.2 LE, ANT+, USB 2.0 dan NFC. Telefon terbabit turut dilengkapi dengan dua kad sim.

Bagaimanapun, spesifikasi dimensi Galaxy Note 5 ialah 153.2 milimeter (mm) x 76.1 mm x 7.6 mm dengan berat 171 gram, manakala Galaxy S6 edge+ berukuran 154.4 mm x 75.8 mm x 6.9 mm dan seberat 153 gm. Galaxy Note 5 dijual pada harga RM2,699, termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan pilihan warna emas platinum dan putih mutiara manakala Galaxy S6 edge+ pada harga RM3,099 juga boleh didapati dalam warna emas platinum dan hitam nilam (sapphire).