IPhone 6s dan iPhone 6s Plus: kemantapan tanpa sempadan, hands down Apple

iphone-6s-2-9.0

Apple memang tak boleh blah. Google belum pun lagi lancarkan model Nexus terbaru mereka LG Nexus 5X dan Huawei Nexus 6P, Apple dah pun announce Apple iPhone 6s dan iPhone 6s Plus.

iphone-6s-2-10.0

Bukan nak cakap pasal design, sebab aspek luaran tak de beza pun dengan iPhone 6 dan iPhone 6 plus melainkan warna.

iphone-6s-plus-2.0

Pe yang lebih kat model Apple terbaru ni? Tidak lain tidak bukan kamera belakang berosolusi 12 megapiksel, kamera depan (selfie) bresolusi 5 megapiksel, dan video recording beresolusi maksimum 4K bagi kedua-dua model.

iphone-6s-plus-2-20.0

Walaupun saya bukan peminat Apple (Android FTW!!), tapi memang tak boleh dinafikan kamera iPhone memang mantap dan snappy (faham kan).

iphone-6s-2-29.0

Selain kamera, benda lain yang dinaiktaraf pada kedua-dua model ini adalah battery, RAM (2GB) dan upgraded processor. Lebih laju dan lebih tahan lama.
Apple, hands down.

p/s: still tak minat nak beli iPhone, dahla mahal pastu feature kurang walaupun user-friendly (mudahla nak dipakai bagi gadget noobs)

Update: Kedua-dua model bakal dijual di pasaran Malaysia pada 16 Oktober 2015. check harga bawah ni. ada duit? silakan

150926-iphone-6s-malaysia-price-import-set-comparison-resized

iPhpne 6s plus iPhpne 6s

Akan Datang: LG Nexus 5X

Nexus-5x

Pada 29 September ini, LG dan Google bakal melancarkan siri Nexus mereka yang terbaru yang dipanggil LG Nexus 5X atau LG Nexus 5 (2015). Gambar diatas adalah gambar yang diperoleh dari beberapa source yang kuat yang bakal menjadi indikasi hampir pasti bagi model Nexus ke 3 gandingan LG dan Google sejak pelancaran LG Nexus 4 pada tahun 2012 dan LG Nexus 5 (2013). Kembalinya LG dalam arena telefon mudah alih yang dikuasai oleh pure stock Android dari Google selepas Motorola (Nexus 6) tahun lepas merupakan satu impak positif pada pasaran akan datang. Mungkin ini dibantu factor model terhebat yang LG sudah lancarkan sebelum ini seperti LG G Flex 2 dan LG G4.

Dikatakan model Nexus terbaru ini akan dilancarkan dengan system operasi terbaru Google, iaitu Android 6.0 aka Android Marsmallow yang memang ditunggu-tunggu bagi semua peminat android. Ia juga dikatakan akan dilengkapi dengan skrin quadHD beresolusi 1440 x 2560 pixels. Model variasi yang bakal dilancar adalah 16GB dan 32GB. Tidak ketinggalan, model baru Nexus ini juga dikatakan akan dilengkapi dengan fingerprint sensor di belakang smartphone seperti yang dapat dilihat di gambar diatas.

Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat pada 29 September ini, bagi pelancaran rasmi model terbaru Nexus 5x/Nexus 5(2015) dari LG. Nexus 6P juga bakal dilancarkan bersama dan Huawei telah dipilih sebagai pembuat model tersebut menggantikan Motorola.

Lenovo Phab Plus: Besar dan Padat

Besar dan padat. Itulah gambaran phablet terbaru diperkenalkan Lenovo, Phab Plus yang mempunyai saiz 6.8 inci jenis IPS HD penuh, namun direka senipis 7.6mm saja.

 phab-plus-smartphonetablet

Phablet yang dijual pada harga RM1,199 itu kini boleh ditempah sehingga 27 September sebelum dihantar kepada pengguna dengan beberapa faedah termasuk pindah turun 100 lagu percuma, langganan e-majalah dan baucar pembelian barangan Superdry.

Lenovo-Phab-Plus_fonearena-01

Lenovo Phab Plus mempunyai kuasa pemprosesan Qualcomm Snapdragon 615 octa core berkelajuan 1.5GHz dengan RAM sebanyak 2GB jenis LPDDR3.

lenovo-phab-plus

Ia mempunyai setoran dalaman berkapasitia 32GB dengan slot kad memori mikroSD selain kamera beresolusi 13MP di belakang dan 5MP di depan.

phpdymnqw

Phab Plus mempunyai bateri berkapasiti 3,500mAh.

INFO:

LENOVO PHAB PLUS

Harga: RM1,199

Skrin: 6.8 inci (1080 x 1920), 324ppi

Kamera: 13MP, 5MP (depan)

RAM: 2GB

Dimensi: 186.6 x 96.6 x 7.6mm

Berat: 229g

OS: Android 5.0 Lollipop

Pemprosesan: Quad core 1.5GHz Cortex A53 & quad core 1.0GHz Cortex A53

Memori: 32GB, slot kad mikroSD

Slot kad SIM: 2 Bateri 3500mAh

OnePlus 2 bersama Maxis

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd dan OnePlus, syarikat permulaan China yang menghasilkan telefon pintar Android akan melancarkan telefon OnePlus 2 di Malaysia secara eksklusif untuk pelanggan Maxis.

1
Maxis adalah pembawa eksklusif OnePlus 2.

Dalam satu kenyataan hari ini, Maxis berkata, OnePlus 2 boleh diperoleh melalui Kedai Dalam Talian Maxis mulai esok untuk mereka yang menerima jemputan khas untuk membeli telefon pintar berkenaan.

2
Penghantaran tempahan dalam talian akan bermula pada 28 September 2015 dan telefon itu boleh didapati di outlet Maxis di seluruh negara pada tarikh yang sama,” katanya.

“Pelanggan yang belum mendaftar untuk jemputan itu boleh berbuat demikian di http://www.maxis.com.my/oneplus2,” katanya.

Spesifikasi OnePlus Two

Jaringan Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
Dimensi 151.8 x 74.9 x 9.9 mm
Berat 175 g
Layar LTPS LCD 1080 x 1920 pixels, 5.5 inches (~401 ppi pixel density) Corning Gorilla Glass 4
Konektifitas HSPA, LTE, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth v4.1, A2DP, microUSB v2.0, Type-C reversible connector
Memory Internal 16 GB, 3 GB RAM
64 GB, 4 GB RAM
Memory Eksternal
OS OxygenOS, Android OS, v5.1 (Lollipop)
CPU Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810, Quad-core Cortex-A53 & Quad-core 1.8 GHz Cortex-A57
GPU Adreno 420
Kamera Belakang 13 MP, 4128 x 3096 pixels, optical image stabilization, laser autofocus, dual-LED flash, Video 2160p@30fps
Kamera Depan 5 MP, 1080p@30fps
Baterai Non-removable Li-Po 3300 mAh
Fitur Fingerprint sensor

Huawei P8: Semakin Menarik

p8

REVOLUSI teknologi peranti telefon pintar sentiasa berkembang seiring dengan peredaran masa.

Setiap keluaran peranti sentiasa menonjolkan pelbagai spesifikasi untuk menarik perhatian pengguna, sekali gus memenuhi kehendak dan keperluan mereka.

p82

Sebagai jenama yang semakin mendapat tempat di hati penggemar peralatan telefon pintar, Huawei Technologies Co. Ltd tampil dengan model baharu, Huawei P8.

p83
from the left: Samsung Galaxy S6 Edge, Huawei P8

Mengetengahkan solusi kepada pengimejan yang lebih artistik, Huawei P8 memberikan pengguna kepuasan untuk merakam foto dengan lebih jelas dan pantas.

p84
from the left: Apple iPhone 6, Huawei P8

Selain mempunyai reka bentuk yang lebih elegan dan sofistikated, Huawei P8 merupakan salah satu peranti yang menerapkan revolusi foto cahaya dengan penstabilan imej optik untuk hasil lebih terperinci.

p85

Dengan resolusi 13 megapiksel (MP) untuk kamera belakang dan 8MP di hadapan, Huawei P8 juga merupakan peranti yang mampu menghasilkan imej setaraf kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR).

p86

Dilengkapi dengan perisian Android 5.0, 16 gigabit (GB) simpanan ingatan baca (ROM) dan 3GB ingatan capaian rawak (RAM), pengguna akan mendapat kepuasan untuk akses penyimpanan peranti bersama operasi yang lebih lancar.

Tidak ketinggalan pemproses EMUI 3.1 yang akan memberikan pengalaman visual lebih teratur dengan menggabungkan ciri-ciri biasa kepada aturan widget tunggal.

Menawarkan pilihan warna yang lebih ekslusif, pengguna boleh memiliki model P8 dalam rona mystic champange dan kelabu titanium.

Direka dengan ketinggian 144.9 milimeter (mm), lebar 72.1mm dan nipis 6.4mm, alatan itu juga menawarkan keluasan skrin, 5.2 inci skrin FHD bersama unit pemprosesan pusat (CPU), Hisilicon Kirin 930.

Ditawarkan pada harga berpatutan, pengguna boleh memiliki Huawei P8 dengan nilai RM1,799.

Huawei P8

Saiz: 144.9mm x 72.1mm x 6.4mm
Paparan: 5.2 inci skrin FHD, 1080p (1920 x 1080); 421ppi; 16M warna.
Memori: 3GB RAM, 16GB ROM
Perisian: Android 5.0
Pemproses: EMUI 3.1
Kapasiti bateri: 2680mAh
Kamera: 13MP (belakang), 
8MP (depan)
Harga: RM1,799

Samsung Galaxy Note 5 & S6 Edge +

SAMSUNG Malaysia Electronics melancarkan dua model telefon pintar terbaharunya, Samsung Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 edge+, baru-baru ini, yang mempunyai spesifikasi hampir sama. Dari segi penggunaan OS, kedua-dua telefon itu menggunakan Android 5.1 (Lollipop), selain menggunakan rangkaian LTE Cat 9 atau LTE Cat 6 yang mungkin berbeza dengan pasaran dan penyedia perkhidmatan mudah alih.

image
Galaxy Note 5

Kedua-dua telefon itu juga menggunakan pemproses Octa core iaitu 2.1 GHz Quad + 1.5 GHz Quad, 64 bit dan 14 nm proses, termasuk memori 4GB RAM (LPDDR4) dan 32GB (UFS 2.0). Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 edge+ masing-masing mempunyai paparan 5.7 inci Quad HD Super AMOLED, 2,560 x 1,440 (518 ppi) dengan Galaxy S6 edge+ mempunyai skrin dua sisi. Ia juga mempunyai kamera belakang 16 MP OIS (F1.9) dan kamera depan 5MP (F1.9), selain video dalam bentuk MP4, M4V, 3GP, 3G2, WMV, ASF, AVI, FLV, MKV dan WEBM.

galaxy-s6-edge-full-front-angle.transformed_0
Galaxy S6 Edge+

Selain itu, telefon berkenaan mempunyai bateri 3,000 mAH, pengecas cepat menggunakan wayar dan wayarles. Pengecasan tanpa wayar serasi dengan WPC, PMA dan Qi, termasuk mempunyai sambungan WiFi 802.11, MIMO (2 x 2), Bluetooth v 4.2 LE, ANT+, USB 2.0 dan NFC. Telefon terbabit turut dilengkapi dengan dua kad sim.

Bagaimanapun, spesifikasi dimensi Galaxy Note 5 ialah 153.2 milimeter (mm) x 76.1 mm x 7.6 mm dengan berat 171 gram, manakala Galaxy S6 edge+ berukuran 154.4 mm x 75.8 mm x 6.9 mm dan seberat 153 gm. Galaxy Note 5 dijual pada harga RM2,699, termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan pilihan warna emas platinum dan putih mutiara manakala Galaxy S6 edge+ pada harga RM3,099 juga boleh didapati dalam warna emas platinum dan hitam nilam (sapphire).