Category Archives: LG

Akan Datang: LG Nexus 5X

Nexus-5x

Pada 29 September ini, LG dan Google bakal melancarkan siri Nexus mereka yang terbaru yang dipanggil LG Nexus 5X atau LG Nexus 5 (2015). Gambar diatas adalah gambar yang diperoleh dari beberapa source yang kuat yang bakal menjadi indikasi hampir pasti bagi model Nexus ke 3 gandingan LG dan Google sejak pelancaran LG Nexus 4 pada tahun 2012 dan LG Nexus 5 (2013). Kembalinya LG dalam arena telefon mudah alih yang dikuasai oleh pure stock Android dari Google selepas Motorola (Nexus 6) tahun lepas merupakan satu impak positif pada pasaran akan datang. Mungkin ini dibantu factor model terhebat yang LG sudah lancarkan sebelum ini seperti LG G Flex 2 dan LG G4.

Dikatakan model Nexus terbaru ini akan dilancarkan dengan system operasi terbaru Google, iaitu Android 6.0 aka Android Marsmallow yang memang ditunggu-tunggu bagi semua peminat android. Ia juga dikatakan akan dilengkapi dengan skrin quadHD beresolusi 1440 x 2560 pixels. Model variasi yang bakal dilancar adalah 16GB dan 32GB. Tidak ketinggalan, model baru Nexus ini juga dikatakan akan dilengkapi dengan fingerprint sensor di belakang smartphone seperti yang dapat dilihat di gambar diatas.

Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat pada 29 September ini, bagi pelancaran rasmi model terbaru Nexus 5x/Nexus 5(2015) dari LG. Nexus 6P juga bakal dilancarkan bersama dan Huawei telah dipilih sebagai pembuat model tersebut menggantikan Motorola.