OnePlus 2 bersama Maxis

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd dan OnePlus, syarikat permulaan China yang menghasilkan telefon pintar Android akan melancarkan telefon OnePlus 2 di Malaysia secara eksklusif untuk pelanggan Maxis.

1
Maxis adalah pembawa eksklusif OnePlus 2.

Dalam satu kenyataan hari ini, Maxis berkata, OnePlus 2 boleh diperoleh melalui Kedai Dalam Talian Maxis mulai esok untuk mereka yang menerima jemputan khas untuk membeli telefon pintar berkenaan.

2
Penghantaran tempahan dalam talian akan bermula pada 28 September 2015 dan telefon itu boleh didapati di outlet Maxis di seluruh negara pada tarikh yang sama,” katanya.

“Pelanggan yang belum mendaftar untuk jemputan itu boleh berbuat demikian di http://www.maxis.com.my/oneplus2,” katanya.

Spesifikasi OnePlus Two

Jaringan Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
Dimensi 151.8 x 74.9 x 9.9 mm
Berat 175 g
Layar LTPS LCD 1080 x 1920 pixels, 5.5 inches (~401 ppi pixel density) Corning Gorilla Glass 4
Konektifitas HSPA, LTE, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth v4.1, A2DP, microUSB v2.0, Type-C reversible connector
Memory Internal 16 GB, 3 GB RAM
64 GB, 4 GB RAM
Memory Eksternal
OS OxygenOS, Android OS, v5.1 (Lollipop)
CPU Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810, Quad-core Cortex-A53 & Quad-core 1.8 GHz Cortex-A57
GPU Adreno 420
Kamera Belakang 13 MP, 4128 x 3096 pixels, optical image stabilization, laser autofocus, dual-LED flash, Video 2160p@30fps
Kamera Depan 5 MP, 1080p@30fps
Baterai Non-removable Li-Po 3300 mAh
Fitur Fingerprint sensor

Huawei P8: Semakin Menarik

p8

REVOLUSI teknologi peranti telefon pintar sentiasa berkembang seiring dengan peredaran masa.

Setiap keluaran peranti sentiasa menonjolkan pelbagai spesifikasi untuk menarik perhatian pengguna, sekali gus memenuhi kehendak dan keperluan mereka.

p82

Sebagai jenama yang semakin mendapat tempat di hati penggemar peralatan telefon pintar, Huawei Technologies Co. Ltd tampil dengan model baharu, Huawei P8.

p83
from the left: Samsung Galaxy S6 Edge, Huawei P8

Mengetengahkan solusi kepada pengimejan yang lebih artistik, Huawei P8 memberikan pengguna kepuasan untuk merakam foto dengan lebih jelas dan pantas.

p84
from the left: Apple iPhone 6, Huawei P8

Selain mempunyai reka bentuk yang lebih elegan dan sofistikated, Huawei P8 merupakan salah satu peranti yang menerapkan revolusi foto cahaya dengan penstabilan imej optik untuk hasil lebih terperinci.

p85

Dengan resolusi 13 megapiksel (MP) untuk kamera belakang dan 8MP di hadapan, Huawei P8 juga merupakan peranti yang mampu menghasilkan imej setaraf kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR).

p86

Dilengkapi dengan perisian Android 5.0, 16 gigabit (GB) simpanan ingatan baca (ROM) dan 3GB ingatan capaian rawak (RAM), pengguna akan mendapat kepuasan untuk akses penyimpanan peranti bersama operasi yang lebih lancar.

Tidak ketinggalan pemproses EMUI 3.1 yang akan memberikan pengalaman visual lebih teratur dengan menggabungkan ciri-ciri biasa kepada aturan widget tunggal.

Menawarkan pilihan warna yang lebih ekslusif, pengguna boleh memiliki model P8 dalam rona mystic champange dan kelabu titanium.

Direka dengan ketinggian 144.9 milimeter (mm), lebar 72.1mm dan nipis 6.4mm, alatan itu juga menawarkan keluasan skrin, 5.2 inci skrin FHD bersama unit pemprosesan pusat (CPU), Hisilicon Kirin 930.

Ditawarkan pada harga berpatutan, pengguna boleh memiliki Huawei P8 dengan nilai RM1,799.

Huawei P8

Saiz: 144.9mm x 72.1mm x 6.4mm
Paparan: 5.2 inci skrin FHD, 1080p (1920 x 1080); 421ppi; 16M warna.
Memori: 3GB RAM, 16GB ROM
Perisian: Android 5.0
Pemproses: EMUI 3.1
Kapasiti bateri: 2680mAh
Kamera: 13MP (belakang), 
8MP (depan)
Harga: RM1,799